Monday 14 May 2012

[Tutorial] Cara Download Windows 7 ke USB (untuk format dari pendrive)

ni ak bt tutorial utk download windows 7 kedalam pendrive...so bleh la guna pendrive utk format windows 7

Pendrive MINIMUM requirement = 4gb
Download dan install Windows 7 USB/DVD Download Tool
direct download : Microsoft Store: Windows 7 USB/DVD Download Tool Help

mirror : Multiupload.com - upload your files to multiple file hosting sites!

Selepas download, install ke PC @ Laptop. Kemudian run application Windows 7 USB/DVD Download Tool. Seterusnya klik Browse untuk browse lokasi file iso Windows 7 (cth Windows7.iso)





Kemudian klik next


Pilih media type samada untuk burn ke DVD ataupun ke USB (dalam tutorial ini USB device dipilih)


Plug-in pendrive kemudian klik button refresh untuk mengesan pendrive anda. Jika pendrive anda dapat dikesan, secara automatik pendrive anda akan muncul dalam list. Kemudian klik Begin Copying.


Apabila keluar dialog seperti gambar dibawah, klik Erase USB Device untuk memadam data data yang ada didalam pendrive tersebut. Jadi pastikan anda telah membuat backup atau copy data data yang berada didalam pendrive kerana semua data tersebut akan dipadam.




Klik Yes jika anda ingin meneruskan atau No untuk backup data didalam pendrive dan mula semula dari langkah pertama. Jika pasti, klik Yes


Kemudian biarkan sahaja sehingga tamat. Bergantung kepada mesin anda, jika spefikasi mesin anda tinggi maka lebih cepat proses tamat.






Setelah selesai, pendrive anda akan kelihatan seperti gambar dibawah



Akhir sekali restart PC @ Laptop anda kemudian semasa sistem hendak memulakan Windows, tekan F9 untuk paparkan boot menu. Pilih boot from USB Drive @ Jenama pendrive anda
(F9 bergantung kepada model motherboard. Boleh rujuk manual untuk mengetahui kekunci apa yang perlu ditekan untuk mendapatkan Boot Menu)
Kemudian bermulalah proses format. Ikut arahan yang diberikan semasa format windows.
Selamat mencuba dan semoga berjaya!

No comments:

Post a Comment